Jambatan Pakatan Rakyat Sedang Bergoncang


Parti Keadilan Rakyat dipercayai umum adalah jambatan yang menghubungkan PAS dan DAP selama ini sehingga terbentuknya Pakatan Rakyat. Falsafah disebalik perkataan Pakatan sebenarnya bermaksud berpakat untuk melakukan sesuatu.

Kenyataan ini bermakna Pakatan Rakyat tidak sebaris dalam satu barisan namun hanya setakat berpakat demi mencapai kepentingan yang tersendiri. Kita sedar dalam realiti perundangan dan kehidupan di Malaysia bahawa bukan Islam wajib memeluk Islam jika hendak berkahwin dengan Islam.

Persoalannya kini bagaimana DAP yang Sekular boleh dan mampu berkahwin dengan PAS secara sah ? Sebab itu perkahwinan itu adalah perkahwinan tiruan.

Malangnya jambatan dan orang tengah yang menghubungkan kedua – dua pihak ini selama ini sudah menjadi satu jambatan yang tidak kukuh. Tanpa jambatan ini. PAS dan DAP sudah tidak ada jambatan untuk menyeberangi sungai. Oleh itu , selemah – lemahnya Barisan Nasional mereka tetap berdiri dan beratur pada satu barisan yang kukuh.

Mengapa Lagenda Kebayan mendakwa bahawa jambatan Pakatan Rakyat sedang bergolak? Kita lihat bagaimana 2 panglima besar sedang berperang untuk memperluaskan pengaruh masing – masing. Walaupun dalam media mereka menolak kebenaran hakikat ini namun petunjuk – petunjuk sedia ada tidak mencerminkan kenyataan mereka.

Individu yang perlu dipersalahkan dalam persaingan kuasa dalam Parti Keadilan Rakyat tidak lain tidak bukan Dato Seri Anwar Ibrahim. Bukan sahaja rakyat tertipu dengan agenda 16 September 2008 malahan orang dalaman beliau sendiri sudah terdaya oleh Anwar sendiri. Anwar menjanjikan Azmin Ali jawatan menteri di peringkat persekutuan dan disebabkan juga ketamakkan Azmin maka beliau sanggup melepaskan jawatan tersebut kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kemungkinan anak buah Azmin Ali kelaparan sehingga menyebabkan wujudnya kumpulan Pro Azmin menentang Pro Khalid. Nurul Izzah pula memberi kenyataan pemerintahan dan pentadbiran Khalid kurang mendahulukan kepentingan parti. Kenyataan ini sah – sah menandakan PKR hiprokrit dan menipu rakyat selama ini.

UMNO mudah dituduh bersifat kroni dan hanya menkaya rayakan penyokong – penyokong UMNO selama ini. Kini apabila kepentingan parti dipinggirkan oleh Khalid Ibrahim dalam pentadbiran pula harus berdepan dengan pelbagai serangan.

Petunjuk – petunjuk semasa jelas menunjukkan krisis yang cuba disembuyikan. Daripada isu skandal pasir Khalid Ibrahim dibongkarkan daripada orang dalam sendiri kepada perlucutan jawatan Nik Nazmi sebagai setiausaha politiknya sehingga perletakan jawatan Azmin Ali sehingga rombakan Ketua Perhubungan Negeri Khalid Ibrahim dan digugurkan untuk memberi laluan kepada Azmin Ali mengetuai Selangor jelas menunjukkan apa yang cuba disembuyikan masih gagal untuk disembuyikan secara tersirat.

Pakatan Rakyat cuba memberi imej kepada rakyat bahawa Khairy berkali – kali digugurkan daripada senarai kabinet Najib disebabkan pergolakkan kuasa yang berlaku dalam UMNO walaupun kedua – dua mereka telah berkali – kali menyatakan keputusan itu adalah supaya Khairy dapat menumpukan pada perjuangan UMNO dalam mengukuhkan pemuda UMNO.

Kalau kenyataan Najib dan Khairy juga dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai satu krisis maka kini adakah rombakkan kabinet PKR Selangor dengan kenyataan yang sama oleh PKR iaitu mahu MB Selangor focus pada pentadbiran Selangor dan Azmin pula fokus pada perjuangan parti juga menandakan satu krisis yang dialami oleh mereka?

Kalian bebas membuat penilaian sendiri

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: