Jika BN = Rasuah , Pakatan Rakyat = Penipu & Hiprokrit


“Semasa kongres ahli parti telah menegur Khalid dan barisan exconya supaya peningkatkan sistem pentadbiran negeri.

“Tetapi malang selepas sebulan kita masih belum nampak satu tindakan proaktif yang diambil beliau terhadap setiap teguran yang dibuat,” kata beliau ketika ditemui di sini sesi pemukiman PKR di sini petang ini.

Beliau berkata tindakan ahli parti menegur Khalid bukan bermaksud mahu beliau meletakkan jawatan tetapi hanya sekadar teguran yang membina.

“Kita tidak pernah suruh Khalid meletakkan jawatan, cuma saya dan pemimpin lain merasakan beliau dan barisan kepimpinannya perlu memberikan perhatian secara serius terhadap teguran yang dibuat.

Dalam kenyataan yang sendiri dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi PKR sendiri jelas menunjukkan mereka TELAH GAGAL MEMAJUKAN SELANGOR. secara sedar atau tidak mereka sendiri sudah MENGAKU MEREKA GAGAL MENTADBIR SELANGOR.

Cuma bezanya kegagalan mereka kini letakkan kesemunya pada bahu seorang individu seolah – olah PKR dan Pakatan Rakyat semua baik – baik belaka dan seorang individu sahaja yang gagal.  Dulu jadi pembangkan bukan main mudah menuduh , menyerang dan mendakwa. Kini sudah memerintah baharu tahu betapa cekapnya BN memerintah selama 50 tahun walaupun selemah – lemah dikatan mereka?

Mengapa mereka hiprokrit dan penipu? Setiap pilihan raya kecil cuba menggambarkan kepada pengundi betapa majunya dan baikya Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Kini pemimpin PKR sendiri bersetuju PKR tidak cukup cekap. MB tidak dengar arahan. Ada masalah birokrasi. Ini dan itu. Bukan kita yang tuduh. Mereka sendiri yang kata sedemikian.

Rakyat nilailah kenyataan mereka beberapa hari ini di media mengenai Selangor dan Tan Sri Khalid Ibrahim dan video – video ceramah di setiap pilihan raya kecil. Lagenda Kebayan tidak suka menuduh dengan sewenang -wenangnya. Kita beri kebebasan penuh untuk kalian membuat penilaian masing – masing.



Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: