Archive for ‘Islam’

June 16, 2010

Satu Mesej Yang Berbahaya


Sumber : Malaysiakini

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, bagi menjayakan perjuangan Islam, umat Islam masih perlu bergantung kepada masyarakat bukan Islam bagi menjayakannya.

( Amat berbahaya kenyataan ini. Seoalah – olah tanpa bukan Islam maka perjuangan Islam tidak akan berjaya. Atau seolah – olah PAS telah bersetuju selama ini mereka gagal memperjuangkan Islam? )

Katanya, Nabi Muhammad – yang diibaratkannya sebagai “pemandu pertama” ajaran Islam – juga melakukannya pada zaman awal penyebaran agama Islam, termasuk mendapatkan perlindungan daripada bapa saudaranya Abu Talib yang tidak memeluk agama itu.

( Tahu juga nak kata pada zaman awal penyebaran Islam. Sekarang Islam sudah masuk ke Zaman apa dah? Bahaya kalau nak kata Islam sampai hari ini perlu mendapat perlindungan daripada bukan Islam. Kalau istilah bantuan dan kerjasama maka boleh diterima lagi. Jangan lupa pula bapa saudara baginda Abu Talib merupakan individu yang melindunginya dan juga merupakan antara individu yang lantang menentang penyebaran agama Islam. Adakah Tuk Guru kita hendak perkara sedemikan berlaku kepada umat Islam dan Islam hanya kerana perlindungan semata – mata? )

“Tolong beritahu pada Umno, bagaimana susah nabi (berjuang) sampai kena potong perkataan ‘rasulullah’ dalam perjanjian dengan Mekah. Sampai begitu Nabi buat asal Islam boleh bertahan,” katanya yang juga menteri besar Kelantan.

( Bahaya. Analogi ini ibarakatkan kata Islam pada hari ini seolah – olah jika perlu berkerjasama dengan bukan Islam perlu sampai tahap memotong perkataan ‘rasulullah’ dalam perjanjian)

Sumber : Malaysiakini

Advertisements