Archive for ‘Israel’

June 17, 2010

Pakatan Rakyat = 1 Israel ?


Pakatan Rakyat = 1 Israel ?

Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999. Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.

Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999. Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharakan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.

Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri. Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.

Rumusannya konsep 1 Israel adalah gabungan , kerjasama dan pakatan 3 buah parti politik demi tujuan pilihan raya di Israel. Kebetulannya Pakatan Rakyat juga terdiri daripada 3 buah parti yang bergabung , bekerjasama dan berpakat demi tujuan pilihan raya dan politik.

1 Malaysia adalah Perpaduan Kaum dan bukannya Perpaduan Parti Politik

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS , DAP dan PKR adalah Perpaduan Parti Politik.

Advertisements
June 11, 2010

Isu APCO = Najib dengan Israel atau Anwar dengan Israel ?


Anwar Isreal

Anwar mengaitkan kerajaan Malaysia dengan Isreal apabila menyamakan 1 Malaysia dengan 1 Isreal.

1.  Anwar pertama terlebih dahulu perlu menjawab penglibatannya dengan syarikat pelobi Isreal semasa dia menjadi TPM dulu. Anwar menggunakan nama kerajaan bagi menjalinkan kerjasama dengan syarikat pelobi iaitu Pusat Polisi Asia Pasifik (APPC), sekitar awal tahun 90-an bagi meningkatkan imejnya di mata dunia.

2. Kedua Anwar juga perlu menjawab isu penglibatannya dengan syarikat korporat milik Isreal

3. Sokongan Anwar kepada seorang bangsa Isreal untuk menjadi Presiden Dunia ( Paul Wolftiz )

Anwar had said in an interview in Hong Kong on March 18 : “I certainly would welcome him to the bank. He passionately believes in freedom and understands the issues of poverty, environment degradation, living conditions and health issues which (are) very much a World Bank agenda”.

Hubungan rapat antara Anwar dengan Wolfwitz.  Wolfowitz menyebut Anwar sebagai kawan baiknya seperti yang tersiar dalam satu klip video YouTube tidak lama dulu. Video tersebut dirakam semasa Anwar dan Wolfowitz berucap di Bank Dunia. Pertemuan Anwar dan Wolfowitz bukan pertama kali, malahan telah bermula sejak tahun 80an lagi.

4. Penglibatan Anwar dengan badan pemikir Isreal ( CFR )

Anwar sendiri mengakui beliau merupakan Diplomat Jemputan CFR dalam surat samannya kepada Chandra Muzafar bertarikh 7 Mac 2008

5. Kenyataan dan sokongan Anwar terhadap serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq

Kata Anwar, “..Angin perubahan daripada autokrasi(kuku besi) kepada demokrasi telah bertiup merentasi pelbagai sempadan dalam dunia Islam..Perang Iraq, walaupun dicemari pelbagai kontroversi (tetapi) telah menghasilkan pilihanraya demokrasi pertama untuk negara itu (Iraq)…”

read more »