Archive for ‘Nurul Izzah’

June 11, 2010

Anak Anwar Ibrahim Cadangkan Cukai Alam Sekitar


Nurul Izzah

Jika GST ditentang sekuat hati oleh Anwar dan Pakatan Rakyat kerana dikatakan membebani rakyat. Mereka pula mecadangkan cukai Alam Sekitar kepada pesalah.

Pertama sekali tiada istilah cukai kepada pesalah. Itu namanya denda dan hukuman. Kalaulah bahasa Melayu asas pun tidak dikuasai baik oleh anak seorang pemimpin yang bercita – cita menjadi Perdana Menteri bagaimana pula rasanya masa depan bahasa Melayu kita?

Kedua sedar atau kita rakyat Malaysia tidak kira yang baru dilahirkan sehingga yang sudah meninggal pun mencemarkan Alam Sekitar secara langsung dan tidak langsung kita juga pesalah. Kalaulah cukai Alam Sekitar diluluskan maka setiap rakyat Malaysia perlu membayar cukai. Bukankah cukai ini juga membebani rakyat?

Perjuangan mereka tidak konsisten. Patutlah Anwar kata mampu turunkan harga minyak negara. Rasanya mungkin melalui cadangan anaknya yang lebih membebani rakyat.