Archive for ‘PAS’

June 18, 2010

PAS Hiprokrit Menentang Judi BN , Sendiri Halalkan Arak


Pengakuan Nik Aziz

Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Nik Aziz Nik Mat pernah meluluskan 44 lesen arak di negeri Kelantan. “PAS mengakui meluluskan 44 lesen penjualan arak di negeri ini dan tidak berhasrat untuk mengharamkan penjualan minuman itu dengan alasan Islam tidak menegah masyarakat bukan Islam menikmatinya” demikian ulasan pihak kerajaan negeri Kelantan.

“Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana.” – kata Nik Aziz dalam Utusan Malaysia, 26 November 1994.

“Pada mula saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbul bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.

read more »

Advertisements
June 16, 2010

Satu Mesej Yang Berbahaya


Sumber : Malaysiakini

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, bagi menjayakan perjuangan Islam, umat Islam masih perlu bergantung kepada masyarakat bukan Islam bagi menjayakannya.

( Amat berbahaya kenyataan ini. Seoalah – olah tanpa bukan Islam maka perjuangan Islam tidak akan berjaya. Atau seolah – olah PAS telah bersetuju selama ini mereka gagal memperjuangkan Islam? )

Katanya, Nabi Muhammad – yang diibaratkannya sebagai “pemandu pertama” ajaran Islam – juga melakukannya pada zaman awal penyebaran agama Islam, termasuk mendapatkan perlindungan daripada bapa saudaranya Abu Talib yang tidak memeluk agama itu.

( Tahu juga nak kata pada zaman awal penyebaran Islam. Sekarang Islam sudah masuk ke Zaman apa dah? Bahaya kalau nak kata Islam sampai hari ini perlu mendapat perlindungan daripada bukan Islam. Kalau istilah bantuan dan kerjasama maka boleh diterima lagi. Jangan lupa pula bapa saudara baginda Abu Talib merupakan individu yang melindunginya dan juga merupakan antara individu yang lantang menentang penyebaran agama Islam. Adakah Tuk Guru kita hendak perkara sedemikan berlaku kepada umat Islam dan Islam hanya kerana perlindungan semata – mata? )

“Tolong beritahu pada Umno, bagaimana susah nabi (berjuang) sampai kena potong perkataan ‘rasulullah’ dalam perjanjian dengan Mekah. Sampai begitu Nabi buat asal Islam boleh bertahan,” katanya yang juga menteri besar Kelantan.

( Bahaya. Analogi ini ibarakatkan kata Islam pada hari ini seolah – olah jika perlu berkerjasama dengan bukan Islam perlu sampai tahap memotong perkataan ‘rasulullah’ dalam perjanjian)

Sumber : Malaysiakini

June 16, 2010

PAS Benarkan Bukan Islam Bertanding Atas Tiket Bulan


Hadiahkan Kereta Tapi Tak Bagi Memandu

PAS sudah mula hendak membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket mereka. Peliknya bukan Islam tiada hak delegasi dan mengundi dalam PAS. Keadaan ini seolah – olah hadiahkan sebuah kereta Ferari kepada bukan Islam tetapi mereka tidak dibenarkan untuk memandu. Hanya sekadar hiasan.

Perebutan kerusi dengan PKR dan DAP akan menjadi lebih sengit. Adakah keterbukaan ini hanyalah untuk mendapat pertambahan bilangan kerusi semata – mata?

Jika tidak berani ke letak bukan Melayu dan Islam menentang majoriti kawasan UMNO yang majoritinya Melayu dan Islam?

Cina. Teruslah undi Pakatan Rakyat. Setiap undi anda adalah kepada PAS. Jangan – jangan nanti PAS bersetuju dengan cadangan Anwar untuk bagi Cina memegang jawatan TPM tapi tak ada hak mengundi di Malaysia. Teruslah mengundi Pakatan jika suka sangat hendak kereta Ferari itu yang tidak boleh dipandu.