Archive for ‘Selangor’

June 28, 2010

Adakah Azmin Mencaturkan Kekalahan Zaid Ibrahim di Hulu Selangor?


Lim Kit Siang sendiri menyatakan bahawa antara punca kekalahan Parti Keadilan Rakyat di Hulu Selangor adalah disebabkan oleh kelemahan jentera PKR sendiri. Ramai dalam Pakatan Rakyat juga bersetuju dengan kenyataan ini.

Cuma Lagenda Kebayan hendak menimbulkan satu persoalan dan bukannya satu kesimpulan dengan mengaitkan kekalahan Zaid Ibrahim disebabkan oleh pemimpin yang paling berpengaruh dalam PKR? Jika tidak mengapa jentera tiba – tiba sahaja menjadi lemah ? Apa jawapan kalian ?

Advertisements
June 27, 2010

Jambatan Pakatan Rakyat Sedang Bergoncang


Parti Keadilan Rakyat dipercayai umum adalah jambatan yang menghubungkan PAS dan DAP selama ini sehingga terbentuknya Pakatan Rakyat. Falsafah disebalik perkataan Pakatan sebenarnya bermaksud berpakat untuk melakukan sesuatu.

Kenyataan ini bermakna Pakatan Rakyat tidak sebaris dalam satu barisan namun hanya setakat berpakat demi mencapai kepentingan yang tersendiri. Kita sedar dalam realiti perundangan dan kehidupan di Malaysia bahawa bukan Islam wajib memeluk Islam jika hendak berkahwin dengan Islam.

Persoalannya kini bagaimana DAP yang Sekular boleh dan mampu berkahwin dengan PAS secara sah ? Sebab itu perkahwinan itu adalah perkahwinan tiruan.

Malangnya jambatan dan orang tengah yang menghubungkan kedua – dua pihak ini selama ini sudah menjadi satu jambatan yang tidak kukuh. Tanpa jambatan ini. PAS dan DAP sudah tidak ada jambatan untuk menyeberangi sungai. Oleh itu , selemah – lemahnya Barisan Nasional mereka tetap berdiri dan beratur pada satu barisan yang kukuh.

Mengapa Lagenda Kebayan mendakwa bahawa jambatan Pakatan Rakyat sedang bergolak? Kita lihat bagaimana 2 panglima besar sedang berperang untuk memperluaskan pengaruh masing – masing. Walaupun dalam media mereka menolak kebenaran hakikat ini namun petunjuk – petunjuk sedia ada tidak mencerminkan kenyataan mereka.

Individu yang perlu dipersalahkan dalam persaingan kuasa dalam Parti Keadilan Rakyat tidak lain tidak bukan Dato Seri Anwar Ibrahim. Bukan sahaja rakyat tertipu dengan agenda 16 September 2008 malahan orang dalaman beliau sendiri sudah terdaya oleh Anwar sendiri. Anwar menjanjikan Azmin Ali jawatan menteri di peringkat persekutuan dan disebabkan juga ketamakkan Azmin maka beliau sanggup melepaskan jawatan tersebut kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kemungkinan anak buah Azmin Ali kelaparan sehingga menyebabkan wujudnya kumpulan Pro Azmin menentang Pro Khalid. Nurul Izzah pula memberi kenyataan pemerintahan dan pentadbiran Khalid kurang mendahulukan kepentingan parti. Kenyataan ini sah – sah menandakan PKR hiprokrit dan menipu rakyat selama ini.

UMNO mudah dituduh bersifat kroni dan hanya menkaya rayakan penyokong – penyokong UMNO selama ini. Kini apabila kepentingan parti dipinggirkan oleh Khalid Ibrahim dalam pentadbiran pula harus berdepan dengan pelbagai serangan.

Petunjuk – petunjuk semasa jelas menunjukkan krisis yang cuba disembuyikan. Daripada isu skandal pasir Khalid Ibrahim dibongkarkan daripada orang dalam sendiri kepada perlucutan jawatan Nik Nazmi sebagai setiausaha politiknya sehingga perletakan jawatan Azmin Ali sehingga rombakan Ketua Perhubungan Negeri Khalid Ibrahim dan digugurkan untuk memberi laluan kepada Azmin Ali mengetuai Selangor jelas menunjukkan apa yang cuba disembuyikan masih gagal untuk disembuyikan secara tersirat.

Pakatan Rakyat cuba memberi imej kepada rakyat bahawa Khairy berkali – kali digugurkan daripada senarai kabinet Najib disebabkan pergolakkan kuasa yang berlaku dalam UMNO walaupun kedua – dua mereka telah berkali – kali menyatakan keputusan itu adalah supaya Khairy dapat menumpukan pada perjuangan UMNO dalam mengukuhkan pemuda UMNO.

Kalau kenyataan Najib dan Khairy juga dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai satu krisis maka kini adakah rombakkan kabinet PKR Selangor dengan kenyataan yang sama oleh PKR iaitu mahu MB Selangor focus pada pentadbiran Selangor dan Azmin pula fokus pada perjuangan parti juga menandakan satu krisis yang dialami oleh mereka?

Kalian bebas membuat penilaian sendiri

June 18, 2010

Skandal Pasir Selangor


Sumber : UMNO REFORM 2

read more »

June 17, 2010

Cerita Panas – Setiausaha Kerja Ronnie Liu Dengan Pekerja Kelab Malam


Setiausaha Kerja Exco Kerajaan Tempatan Selangor

Lagenda Kebayan dimaklumkan oleh seorang peniaga Cina kaya di Klang dan bekas orang kuat Zakaria dan ahli MCA bahawa setiausaha kerja Ronnie Liu bernama Chong Eng Hock kini berumur 23 tahun memiliki seorang kekasih yang 6 tahun lebih tua daripadanya. Wanita itu sekitar 28-29 tahun. Setiasauaha Ronnie Liu biasa mengungjungi kelab – kelab malam dan berkenalan dengan seorang penari dan pekerja kelab malam. Mereka berkenalan dari situ.

June 16, 2010

Subsidi air di Selangor TIDAK Membantu Penghuni Rumah Pangsa


Khalid Ibrahim

Kerajaan Selangor bagi subsidi 20 meter padu air pada setiap isi rumah TAPI rupa2nyer hanya pada pili air (rumah teres/banglo/rumah sebuah sahaja) bukanlah pada rumah pangsa (sistem pili air kongsi) . Maknanya orang susah di rumah pangsa xdpt subsidi ! Apelah camtue pulak ? Yg senang lg senang, yg susah lg susah …

Kata mereka subsidi untuk SEMUA.