Archive for ‘Uncategorized’

June 30, 2010

Bulan Berlawan Dengan Roket Lagi


Pergolakan Pakatan Rakyat

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah.

Beliau, yang juga menteri besar Kelantan, menganggap kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam PAS jika pakatan pembangkang dapat menguasai pentadbiran negara, sebagai kenyataan peribadi.

Nik Abdul Aziz berkata PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, termasuk DAP.

June 30, 2010

Tuk Guru Oh Tuk Guru – 3 Persoalan Untuk Anda


Nik Aziz

Tuk Guru kita berkata:

Mengenai pengeluaran lesen minuman keras di negeri ini, beliau mengakui kerajaan negeri ada mengeluarkan lesen premis perniagaan untuk menjual minunam keras di kalangan bukan Islam di negeri ini.

“Kerajaan hanya mengurus atur lesen premis penjualan minuman arak kepada bukan Islam, tetapi tetap tidak membenarkan orang Islam minum minuman keras itu.

“Kita juga tetap tidak mengeluarkan lesen untuk premis perjudian, kerana judi diharamkan oleh semua agama,” katanya.

Lagenda Kebayan keliru.

Pertama apa bezanya arak dengan judi?

Kedua bukankah semua agama juga melarang umatnya meminum arak? Tuk Guru oh Tuk Guru agama mana dalam dunia ini yang membenarkan umatnya meminum minuman keras?

Ketiga alasan hanya untuk bukan Melayu juga alasan Barisan Nasional dalam isu judi juga maka apa perbezaannya apabila anda menyerang mereka ?

Lagenda Kebayan tidak berani untuk menuduh Tuk Guru kita hiprokrit sebab takut nanti dilabel sebagai anti Islam. Oleh itu , Lagnda Kebayan hanya timbulkan 3 persoalan mudah kepada kalian membuat justifikasi.

June 27, 2010

Jika BN = Rasuah , Pakatan Rakyat = Penipu & Hiprokrit


“Semasa kongres ahli parti telah menegur Khalid dan barisan exconya supaya peningkatkan sistem pentadbiran negeri.

“Tetapi malang selepas sebulan kita masih belum nampak satu tindakan proaktif yang diambil beliau terhadap setiap teguran yang dibuat,” kata beliau ketika ditemui di sini sesi pemukiman PKR di sini petang ini.

Beliau berkata tindakan ahli parti menegur Khalid bukan bermaksud mahu beliau meletakkan jawatan tetapi hanya sekadar teguran yang membina.

“Kita tidak pernah suruh Khalid meletakkan jawatan, cuma saya dan pemimpin lain merasakan beliau dan barisan kepimpinannya perlu memberikan perhatian secara serius terhadap teguran yang dibuat.

Dalam kenyataan yang sendiri dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi PKR sendiri jelas menunjukkan mereka TELAH GAGAL MEMAJUKAN SELANGOR. secara sedar atau tidak mereka sendiri sudah MENGAKU MEREKA GAGAL MENTADBIR SELANGOR.

Cuma bezanya kegagalan mereka kini letakkan kesemunya pada bahu seorang individu seolah – olah PKR dan Pakatan Rakyat semua baik – baik belaka dan seorang individu sahaja yang gagal.  Dulu jadi pembangkan bukan main mudah menuduh , menyerang dan mendakwa. Kini sudah memerintah baharu tahu betapa cekapnya BN memerintah selama 50 tahun walaupun selemah – lemah dikatan mereka?

Mengapa mereka hiprokrit dan penipu? Setiap pilihan raya kecil cuba menggambarkan kepada pengundi betapa majunya dan baikya Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Kini pemimpin PKR sendiri bersetuju PKR tidak cukup cekap. MB tidak dengar arahan. Ada masalah birokrasi. Ini dan itu. Bukan kita yang tuduh. Mereka sendiri yang kata sedemikian.

Rakyat nilailah kenyataan mereka beberapa hari ini di media mengenai Selangor dan Tan Sri Khalid Ibrahim dan video – video ceramah di setiap pilihan raya kecil. Lagenda Kebayan tidak suka menuduh dengan sewenang -wenangnya. Kita beri kebebasan penuh untuk kalian membuat penilaian masing – masing.



June 24, 2010

Perebutan Kuasa Dalaman PKR Semakin Panas


Azmin vs Khalid

By Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR: PKR vice-president Azmin Ali has resigned as board member of the Selangor State Development Corporation (PKNS) as the rift between him and Menteri Besar Khalid Ibrahim reaches a new height.

Party sources told FMT that Azmin had tendered his resignation at noon today as a sign of protest against the appointment of Faekah Hussin as Khalid’s new political secretary.

Azmin holds a powerful post in PKNS, standing only second to Khalid who chairs the board.

Sources close to Azmin said the protest was not made against Faekah, a former political secretary to PKR president Dr Wan Azizah Wan Ahmad, but against the manner of the appointment.

“He did not consult any leaders within the party. What it signals is his (Khalid’s) arrogance and many are unhappy about it,” a source told FMT.

Faekah’s appointment was announced at a media night held by the Selangor government last night.

She replaced Seri Setia assemblyman Nik Nazmi Nik Ahmad, who is set to play a more central role in the party as head of its communication department, replacing incumbent Jonson Chong.

Rumours were rife that Nik Nazmi had quit after a fall-out with Khalid but the latter denied the allegation.

read more »

June 22, 2010

Sejauh Mana Telusnya Pemerintahan Pakatan Rakyat ?


Sumber : Gosip Politik Malaysia

48 Kakitangan Task Force diberhentikan – satu lagi kezaliman Kerajaan Pakatan Haram di Selangor•May 4, 2010 • Leave a Comment

Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan agar tidak menyambung kontrak kerja kepada 48 orang anggota Task Force Tanah dari pejabat tanah Kuala Selangor,Puchong ,Kuala Langat dan Sepang !

Puncanya tidak lain tidak bukan kerana mereka ini telah membongkar penyelewangan ,rasuah dan kes curi pasir dibeberapa kawasan di Selangor yang semua orang tahu didalangi oleh beberapa orang kuat didalam kerajaan pakatan sendiri.

Inilah puncanya kerajaan negeri mengalami kerugian besar dalam bentuk royalti pasir yang mencecah puluhan juta ringgit.

read more »

June 20, 2010

DAP Hiprokrit Beri Kelulusan 253 Premis Judi


Menurut Datuk Abd Rahman Dahlan ( BN -Kota Belud) bahawa kerajaan negeri Penang di bawah pemerintahan DAP telah meluluskan 253 premis judi di Pulau Pinang tahun lepas.

Segala yang mereka luluskan adalah demi Rakyat dan segala yang BN luluskan pula dikatakan sebagai tidak baik.

June 18, 2010

Anwar Terima Duit Dari MAGNUM


Pengakuan Dato Nalla

“Ya saya Pengarah Eksekutif Magnum, dia terima duit dari Magnum. Sekarang dia (Anwar) bercakap judi itu haram. Dia (Anwar) sangat pandai bermuka-muka. Pagi wajah lain, petang wajah lain, malam wajah lain. Inilah Anwar Ibrahim” kata Nallakarupan.

Pada 1 Disember 2009, dalam afidavit balasnya, Nallakarupan telah membekalkan dokumen yang berkaitan untuk membuktikan kesahihan Anwar Ibrahim menerima duit RM60 juta sewaktu Nalla menjadi Pengarah Eksekutif Magnum. Biarpun menyaman Nalla di mahkamah, namun Anwar gagal membuktikan bahawa kenyataan Nalla itu adalah tuduhan yang tidak berasas. Sudah terbukti Anwar Ibrahim pernah menerima duit hasil judi untuk kepentingan peribadi

June 18, 2010

Langkah Mayat Sendiri ?


Cross Your Own Body ?

Mengapa Lagenda Kebayan mengatakan bahawa Karpal beliau langkah mayatnya sendiri ?

Isu judi mereka sehaluan dengan PAS. Mereka menentang. PAS menentang sebab Islam tidak benarkan.

DAP menentang sebab apa ? Jawab.

June 18, 2010

DAP – Kata Tidak Kepada Negara Islam


Pelik.

Lagenda Kebayan merasa kalaulah DAP memerintah bukan sahaja HAK MELAYU akan dihapuskan tetapi hak bukan Melayu juga akan dihapuskan serta merta. Mungkin itu maksud Malaysiaan Malaysia mereka apabila semua hak setiap kaum dihapuskan.

Kejap say no to Islam.

Kejap say yes to Islam apabila menentang lesen judi bola sepak.

Kejap say no to Hak Melayu

Kejap say no to Hak bukan Melayu

June 18, 2010

Pengundi Cina Berwaspada Pada DAP


DAP - Islam ?

Sejak bila DAP mula bersetuju dengan pentadbiran negara Islam ? Merekalah yang paling lantang menentang.

Kini kerajaan hendak memberikan lesen judi mereka juga yang paling lantang menentang ?

Adakah kalau pada hari ini pengundi Cina memenangkan DAP dan Anwar bertapak di Putrajaya maka masyarakat Cina sudah tidak boleh berjudi lagi ? Adakah lesen – lesen judi lama semua akan ditarik balik ?

Jika tidak ditarik balik maka adakah mereka hiprokrit dan tidak konsisten dalam perjuangan menentang judi seperti mana yang ditentang ?

Kalau DAP hendak melanjutkan isu – isu moral lagi maka adakah pemuda – pemuda bukan Islam sudah tidak boleh lagi menghadiri kelab malam ? Adakah 1 undi kepada DAP melambangkan berakhirnya kesemua kelab – kelab malan dan judi di negara kita?

Mereka cukup hiprokrit. Kata BN bermain kotor apabila menyerang kehidupan Zaid Ibrahim yang memimun arak sebagai isu peribadi. Apa bezanya kalau lesen judi diberi dan mereka yang berjudi juga hal peribadi mereka ?

Lagenda Kebayan sendiri keliru dengan perjuangan DAP yang tidak konsisten.