June 18, 2010

PAS Hiprokrit Menentang Judi BN , Sendiri Halalkan Arak


Pengakuan Nik Aziz

Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Nik Aziz Nik Mat pernah meluluskan 44 lesen arak di negeri Kelantan. “PAS mengakui meluluskan 44 lesen penjualan arak di negeri ini dan tidak berhasrat untuk mengharamkan penjualan minuman itu dengan alasan Islam tidak menegah masyarakat bukan Islam menikmatinya” demikian ulasan pihak kerajaan negeri Kelantan.

“Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana.” – kata Nik Aziz dalam Utusan Malaysia, 26 November 1994.

“Pada mula saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbul bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.

Continue reading

Advertisements
June 18, 2010

Langkah Mayat Sendiri ?


Cross Your Own Body ?

Mengapa Lagenda Kebayan mengatakan bahawa Karpal beliau langkah mayatnya sendiri ?

Isu judi mereka sehaluan dengan PAS. Mereka menentang. PAS menentang sebab Islam tidak benarkan.

DAP menentang sebab apa ? Jawab.

June 18, 2010

DAP – Kata Tidak Kepada Negara Islam


Pelik.

Lagenda Kebayan merasa kalaulah DAP memerintah bukan sahaja HAK MELAYU akan dihapuskan tetapi hak bukan Melayu juga akan dihapuskan serta merta. Mungkin itu maksud Malaysiaan Malaysia mereka apabila semua hak setiap kaum dihapuskan.

Kejap say no to Islam.

Kejap say yes to Islam apabila menentang lesen judi bola sepak.

Kejap say no to Hak Melayu

Kejap say no to Hak bukan Melayu

June 18, 2010

Pengundi Cina Berwaspada Pada DAP


DAP - Islam ?

Sejak bila DAP mula bersetuju dengan pentadbiran negara Islam ? Merekalah yang paling lantang menentang.

Kini kerajaan hendak memberikan lesen judi mereka juga yang paling lantang menentang ?

Adakah kalau pada hari ini pengundi Cina memenangkan DAP dan Anwar bertapak di Putrajaya maka masyarakat Cina sudah tidak boleh berjudi lagi ? Adakah lesen – lesen judi lama semua akan ditarik balik ?

Jika tidak ditarik balik maka adakah mereka hiprokrit dan tidak konsisten dalam perjuangan menentang judi seperti mana yang ditentang ?

Kalau DAP hendak melanjutkan isu – isu moral lagi maka adakah pemuda – pemuda bukan Islam sudah tidak boleh lagi menghadiri kelab malam ? Adakah 1 undi kepada DAP melambangkan berakhirnya kesemua kelab – kelab malan dan judi di negara kita?

Mereka cukup hiprokrit. Kata BN bermain kotor apabila menyerang kehidupan Zaid Ibrahim yang memimun arak sebagai isu peribadi. Apa bezanya kalau lesen judi diberi dan mereka yang berjudi juga hal peribadi mereka ?

Lagenda Kebayan sendiri keliru dengan perjuangan DAP yang tidak konsisten.

June 18, 2010

Lesen Judi – Perbedaan Menghalalkan dan Mengawal


Vicent Tan

Setiap undang – undang yang digubal kita tidak sepatutnya melihat kepada undang – undang tersebut secara fizikalnya. Kita mesti mampu untuk pergi lebih terperinci dengan melihat matlamat dan tujuan kewujudan sesuatu undang – undang.

Pertama – Undang – undang lesen judi sudah sedia ada wujud di negara Malaysia sejak zaman 1990an lagi. Maknanya kita bukan memberi tetapi kita sebenarnya melanjutkan pemberian lesen judi. Salah satunya adalah pemberian lesen MAGNUM oleh Dato Seri Anwar Ibrahim ketika dia berada dalam kerajaan.

Kedua – Lesen Judi Bola tujuannya bukan untuk menghalalkan lesen judi tersebut tetapi bersifat untuk mengawal kegiatan lesen judi bola yang semakin berleluasa dengan mekanisme kawalan tertentu yang akan digariskan dalam pemberian lesen tersebut.

Ketiga – cukai berjuta – juta ringgit akan terus kehilangan dan akhirnya mereka yang berada dalam dunia kongsi gelap akan semakin kaya dan bermaharajalela dengan jenayah lain di negara kita. Bukan sahaja ekonomi negara rugi malahan keselamatan rakyat juga terancam.

Keempat РDAP merupakan parti yang paling lantang menentang negara Islam. Kata mereka negara ini negara Sekular. Kini sejak bila  mula hendak mewujudkan negara Islam ?

Isu judi ditentang oleh pihak tertentu lebih bermotif bersifat kepentingan peribadi politik atau kepentingan nasional yang letak kepada para pembaca membuat penilaian mengikut versi kematangan sendiri.

June 18, 2010

Skandal Pasir Selangor


Sumber : UMNO REFORM 2

Continue reading

June 17, 2010

Tandatangan Anwar : Israel Sebuah Negara Yang Sah


Tandatangan Anwar

Nama Datuk Seri Anwar Ibrahim disenaraikan International Crisis Group (ICG) sebagai salah seorang penyokong usaha mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara Yang Sah sebagai jalan penyelesaian untuk menamatkan konflik Israel/Palestin di Timur Tengah

Steve Clemons, dari New America Foundation yang turut sama terlibat menandatangani surat sokongan kepada Presiden Bush turut mendedahkan satu-satunya tokoh Islam dari Asia Tenggara yang menyokong Annapolis Summit itu adalah Anwar Ibrahim dari Malaysia.

Nama Anwar Ibrahim diletakkan sebaris dengan JOHN McLAUGHLIN, bekas Timbalan Pengarah CIA.

Penglibatan Anwar

June 17, 2010

Azizah Risau Seksual Anwar


Sumber : Warisan Pahang

Menurut Ezam :

Cerita Ezam lagi, satu ketika Anwar pulang ke Malaysia dan keluarganya berada di Washington. Azizah yang berada di Washington gelisah kerana bimbangkan Anwar akan bermalam dengan seseorang (lelaki) di rumah. Ezam hairan kalau tidur lelaki dengan lelaki dalam satu rumah apa salahnya tetapi Azizah beria-ia minta
Ezam menjadi Spy untuk mengintip suaminya.
Apa makna semuanya ini?.
Azizah pernah berkata kepada Ezam bahawa Anwar seorang yang jenis seperti itu dan Ezam minta Azizah bersumpah bahawa Azizah pernah memberitahu kepada Ezam perihal suaminya.
June 17, 2010

Pembongkaran Zahrain


Elizabeth / Anwar

Beliau berkata, antara pembohongan yang dilakukan Anwar ialah dalam isu APCO, skandal seks membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR), isu judi di Sabah serta tuduhan kononnya Ahli Parlimen daripada PKR ditawarkan RM2 juta untuk lompat parti.

“Sekarang beliau membawa dongeng baru kononnya kami menerima sogokan RM2 juta. Saya tahu beliau membuat pembohongan itu kerana terdesak kerana beberapa cabang PKR bercadang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau semasa kongres PKR di Kota Baharu baru-baru ini,” katanya.

“Kalau air laut dijadikan tinta nescaya tidak cukup untuk menulis janji-janji mereka,” katanya.

Ahli Parlimen itu secara spesifik menghuraikan tentang pembohongan mengenai video skandal seks Elizabeth.

Katanya,”saya tidak berminat dengan serangan peribibadi kepada mana-mana pihak.Tetapi Ketua Pembangkang sekarang dah berubah rupanya menjadi ” Ketua Pembohong”.

“Saya masih ingat bagaimana beliau membohongi kami mengenai isu skandal seks YB Elizabeth Wong dari Bukit Lanjan.

Semasa skandal seks itu memuncak beliau memanggil kami dan memberi taklimat kononnya YB Elizabeth Wong mesti berhenti dan meletak jawatan Exco (Selangor) dan ADUN,kerana katanya bukan sahaja gambar yang tersebar,beliau pernah melihat video YB Elizabeth dengan perlakuan seks kononnya,termasuk acara makan ‘ ais krim” katanya.

“Kami semua terkedu dengan kenyataan beliau itu.Malahan beliau nyatakan akan menunjukkan video itu kepada kami.


Continue reading

June 17, 2010

Cerita Panas – Setiausaha Kerja Ronnie Liu Dengan Pekerja Kelab Malam


Setiausaha Kerja Exco Kerajaan Tempatan Selangor

Lagenda Kebayan dimaklumkan oleh seorang peniaga Cina kaya di Klang dan bekas orang kuat Zakaria dan ahli MCA bahawa setiausaha kerja Ronnie Liu bernama Chong Eng Hock kini berumur 23 tahun memiliki seorang kekasih yang 6 tahun lebih tua daripadanya. Wanita itu sekitar 28-29 tahun. Setiasauaha Ronnie Liu biasa mengungjungi kelab – kelab malam dan berkenalan dengan seorang penari dan pekerja kelab malam. Mereka berkenalan dari situ.